Tuesday, October 21, 2014
   
Text Size
Downloads
Overview Search Downloads Up
Download details
Perhubungan antara prinsip-prinsip TQM, Kepuasan Hati Staf, Kepuasan Hati Pelajar dan Pencapaian Akademik Pelajar: Satu Kerangka Konseptual Version:MJLI Vol.2, 2005
(0 votes)

Lim Kong Teong & Tang Swee Mei

Universiti Utara Malaysia

 

Abstrak

Objektif artikel ini adalah untuk meneroka saling perhubungan antara prinsip-prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), kepuasan hati staf; kepuasan hati pelajar dan pencapaian akademik pelajar. Elemen-elemen utama bagi pengurusan kualiti dalam konteks pendidikan dihuraikan secara ringkas, dan satu kerangka konseptual diketengahkan untuk menjelaskan saling perhubungan yang dihipotesis antara prinsip-prinsip TQM, kepuasan hati staf (pelanggan dalaman), kepuasan hati pelajar (pelanggan luaran) dan pencapaian akademik pelajar. Penulis merumuskan bahawa prestasi organisasi pendidikan dalam aspek kepuasan hati staf dan pelajar serta pencapaian akademik pelajar merupakan ukuran yang relevan bagi segala usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, dan menekankan kepentingan kepuasan hati pelanggan dalaman serta luaran sebagai pengantara dalam perhubungan prinsip-prinsip TQM dengan pencapaian akademik pelajar.

 




Data

Size 5.96 MB
Downloads 155
Language
License
Author
Website
Price
Created 2013-04-01 04:46:46
Created by admin
Changed at 2014-01-30 01:28:00
Modified by admin

Download